CATATAN



               Pertandingan bolasepak setiap tahun diadakan diperingkat bawah 12 tahun bagi sekolah rendah.Tujuannya adalah untuk memilih pelajar-pelajar yang berbakat untuk mewakili sekolah,zon dan mewakili daerah serta negeri ke kejohanan MSSM.
Sejauhmanakah kemahiran-kemahiran asa dalam bolasepak diajar dan dilatih diperingkat tunas muda anak-anak kita .Kita acap kali mengkritik dan menghina pencapaian skud kebangsaan di peringkat rantau ini mahupun antara bangsa apabila mencatat keputusan yang kurang memberangsangkan.Manakala kita sibuk menunding jari terhadap pihak-pihak lain yang bertanggungjawab dan berkepentingan dalam sukan nombor satu di dunia.

            Guru-guru sekolah rendah atau jurulatih sukan diperingkat akar umbi adalah" KITA"...GURU SUKAN  dan JURULATIH peringkat sekolah....Sejauh manakah sumbangan kita terhadap delima negara dan mutu sukan negara kita.Adakah kita masih seperti "kadok menang bersorak kampung tergadai" atau kita sebagai pengulas sukan dan berpeluk tubuh sahaja...Saya berpendapat:

 "GURU SEKOLAH RENDAH ADALAH PENYUMBANG TERTINGGI KE ARAH KEMALAPAN MUTU SUKAN NEGARA"..
terutamanya dalam sukan bola sepak....????!!!!!!!!



Bayangkan pasukan bola sepak kebangsaan mempunyai pemain yang tidak menguasai kemahiran asas bola sepak !Mampukah pasukan yang seumpama ini berada dalam pasukan bertaraf dunia? Justru itu saya berpandangan (Perndapat peribadi) bahawa senario ini  masih gagal diperbetulkan  adalah disebabkan kelemahan beberapa faktor yang saling berkaitan .

Apabila kita membicarakan tentang prastasi dan pencapaian sesebuah pasukan bolasepak mahu atau tidak kita terpaksa berhadapan dengan 5 faktor yang tidak boleh dipisahkan:

ai) Pemain/pelatih
b)Jurulatih
c)Fasiliti
d)Pengurusan
e)Kominiti/penyokong/ibu bapa



1: Pemain/pelatih




      Kanak-kanak umpama sehelai kain puthi (ayat dulu-dulu) kitalah yang akan mewarnai dan mencorakkannya .Bagai mana pendidikan jasmani dan kesihatan dilaksanakan....?Adakah masih dipinggirkan,dan masih dianak tirikan...Alhamdulilah...sudah berubah dan semangkin mendapat pengitirafan ..Dasar pendidikan sudah pun mengalami transfomasi dan lahirlah KSSR.Anak-anak sudah bersedia dan berminat,ibu bapa sudah sedar keperluan sistem pendidikan


Cuba kita bandingkan dengan negara-negara maju lainnya,Proses pembelajaran ini dititik beratkan dan ditekankan sejak awal persekolahan,termasuklah diperingkat tadika dan pra sekolah,begitu juga dikalangan tenaga pengajar dan jurulatih yang berkaliber dan profisional.Di Malaysia amnya di Tawau Sabah khasnya. Sejauh manakah golongan yang pakar dan bertauliah dari segi kejurulatihan,pengurusan,dan komuniti itu sendiri bersedia mengembeling tenaga diperingkat awal kanak-kanak khususnya 7 tahun hingga 12 tahun, ia itu diperingkat sekolah rendah.Oleh itu guru dan juga juruhlatih bolasepak itu 100% bertanggungjawab terhadap PEMBANGUNAN SUKAN INI



sekadar hiasan




b) Jurulatih
Di negara ini pendidikan diperingkat awal kanak-kanak agak terabai.Ini saya buktikan bukan di semua sekolah mempunyai jurulatih bolasepak yang bertauliah.Jika pembangunan diperingkat akar umbi ini tidak diambil berat bagai mana kita mengharapkan hasil yang lebih baik di masa akan datang .Pihak pengurusan kokurikulum negeri dan daerah saya anggap gagal berfungsi dengan baik.Demikian juga dengan Pegawai Teknik (PT) daerah sejauh mana peranan dan tanggungjawab dalam mengangkat martabat sukan,bukan sekadar gila pangkat dan mengejar populariti,sedangkan tak ada apa pogram yang dilaksanakan.

Berbalik kita tentang jurulatih dikalangan warga pendidik di sekolah rendah,hanya beberapa orang sahaja yang mempunyai sijil dan telah ditauliahkan.Jika adapun itu adalah hasil usahan dan wang ringgit sendiri terpaksa dikorbankan demi minat dan rasa tanggung jawab.Implikasinya jurulatih ini kurang berperanan di peringkat sekolah.Ditambah lagi dengan kekangan dan kurangnya sokongan dalam sistem pendidikan itu sendiri,malahan ditambah lagi oleh sistem pengurusan sekolah yang kurang memberi galakkan/motivasi akhirnya pogram latihan tidak berjalan seperti apa yang sepatutnya.Situasi ini dapat kita lihat berapa sekolahkah yang menjalankan pogram latihan jangka masa panjan,sederhana atau mengikut musim pertandingan.Tidak keterlaluan jika saya katakan hampir 90% pihak pengurusan sekolah mengadakan latihan tampa ada perancangan yang rapi dan dibuat tergesa-gesa,asal ada dan dalam masa yang singkat.....latihan jenis ini yang saya namakan mee segera adalah bentuk latihan yang paling popular di sekolah-sekolah.Dalam keadaan ini sebenarnya kita telah memusnahkan bakat,minat,serta keupayaan pelajar itu sendiri.Kita seringkali mengharapkan "hasil yang lebih baik dengan tampah melakukan usaha yang lebih "Pastinya kita sudah mengetahuai jawabannya.Ini lah punca dan polimik yang saya cuba utarakan  "GURU DI SEKOLAH RENDAH PUNCA KEMEROSOTAN BOLA SEPAK NEGARA"

C) Fasiliti


Bagai manakahan padang sekolah anda....sesuai untuk latihan atau padang jarak padang tekukur...
Padang ,alatan lain,seperti berapa biji bola yang terdapa di setiap sekolah,lepas tu sesuaikan bola untuk sekolah rendah atau asal ada ja. Persoalan saya di sini yang membekalkan peralatan sukan adalah di bawa urus tadbir PPD,atau Unit Kokurikulum yang dilantik khas untuk memantau situasi diperingkat pelaksanaan.Malangnya PEMBEKAL berjaya menembusi pasaran dengan mendapat untung yang banyak tampa mengambil kira implikasi terhadap masa depan anak-anak serta jenerasi masa hadapan negara .Barangan yang TIDAK BERKUALITI,atau asal ada sahaj.Pengurusan di peringkat sekolah juga terlibat sama dalam hal bekalan....jangan terima jika bekalan yang di hantar tidak mengikut seperti apa yang dijangikan.....atau juga sudah mendapat habuan....oleh itu tutup mulut,tutup mata,tutup hati...ALLAH tau....


d)Pengurusan
Tak payah cerita la....Diperingkat,negeri,daerah Sekolah...???????

e)Komuniti
Begitulah meriahnya sambutan masyarakat negara kita terhadap wira-wira bawah 12 tahun,semua pihak menyokong,ibu bapa,guru,rakan -rakan sekolah dan semua warga sekolah TQ....

Kesimpulan
......T u N gGu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan