Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan:
“ Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”
Implikasi
•Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib
•Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum ialah suatu kesalahan yang disabitkan
bersalah boleh
dijatuhi hukuman denda atau penjara ataupun kedua-duanya sekali di bawah Penalti Am.
•Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang tiada penalti diperuntukkan
dengan nyata,
boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara selama tempoh
tidak melebihi
6 bulan atau kedua-duanya.
•Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh
, dalam hal suatu kesalahan
yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang
tidak melebihi RM500.00
sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah
Akta 550 ini
berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Tanggungjawab Penyelaras UB/Kelab/Permainan
Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan/kelab dan badan beruniform.
•Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
•Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
•Menyediakan borang kebenaran ibu bapa /penjaga untuk murid menyertai aktiviti.
•Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat unit difailkan dengan baik.
•Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatankuasa diadakan setiap tahun pada
tarikhyang ditetapkan.
•Mengurusan buku, buku log dan kad kokurikulum seperti:
mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada murid pada tarih
yg ditetapkan.
Mengumpulkan kad tersebut semua pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod.
•Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti, iaitu:
- borang penyertaan persatuan
- borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli
- buku laporan aktiviti
•Mengumpulkan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod
•Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah
•Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa
•Memastikan ada perlembagaan dan peraturan
•Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
•Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas, seperti terkandung dalam perlembagaan.
•Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
•Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
•Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan pasukan badan beruniform ,
persatuan/kelab serta sukan permaina
•Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda peralatan kokurikulum diurus dan dipelihara
dengan baik
.•Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan
•Mendaftar setiap pasukan badan beruniform, persatuan/kelab serta kelab sukan dan permainan.
•Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli
•Mengurus penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah / zon / daerah dalam aktiviti yang
dijalankan
•Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
•Memantau dan menandatangani Buku Kehadiran Ahli
•Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
•Menentukan papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
•Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam kalangan ahli.
•Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada jawatankuasa kokurikulum sekolah
•Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
•Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru besar semasa ke semasa.
Tanggungjawab Guru Penasihat
•Membentuk jawatankuas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan