Sukan Permainan


MANUAL UJIAN  SPESIFIK BOLA SEPAK

UJIAN 1    :        MENIMANG BOLA  ( 60 saat)

Definisi           :           Keupayaan untuk menimang dan mengawal bola dengan
menggunakan  kaki, peha, dada dan kepala.

Rasional          :           Memperbanyakkan sentuhan bola dengan anggota
kaki, peha, dada dan kepala.

Objektif          :           Mengukur kemampuan mengawal bola lambung dan
koordinasi pemain.

Peralatan         :           i.    2 biji bola.
                                   ii.   Jam randik
                                   iii.  Wisel
                                   iv.  Bulatan berjejari 1 meter.

5. Prosedur     :           5.1       Bola berada dalam bulatan di atas padang. 

5.2              Pemain berada dalam bulatan dan menyungkil bola
            ke  atas  dan timangan mula dikira.
           
                                   5.3       Penguji berdiri di luar bulatan dengan wisel dan jam
      randik. Penguji akan meniup wisel bagi memulakan 
      aktiviti.

5.2              Pembantu bersedia mengira setiap bola yang ditimang.

5.3              Sekiranya bola jatuh, pemain boleh meneruskan membuat timangan selagi masa masih ada.

5.4              Pembantu hanya mengira bola yang ditimang sahaja. Apabila bola jatuh, timangan akan dilakukan semula dengan kiraan yang baru. Setiap kiraan akan dijumlahkan bagi menentukan jumlah kiraan yang sebenar.

5.5              Bola yang ditimang di luar bulatan tidak dikira.

5.6              Hanya 3 kali jatuh sahaja yang dibenarkan untuk timangan semula.

6. Pemarkahan            :                       i.     Melebihi 100       -   5 markah
                                               ii.    76 – 99                -   4 markah
                                               iii.   51 - 75                -   3 markah
                                               iv.   26 - 50                -   2 markah
                                               v.    01 - 25               -   1 markah.




UJIAN 2    : HANTARAN BOLA DEKAT (LERET)


1. Definisi       :           Keupayaan untuk menghantar bola pada jarak dekat secara
leret.

2. Rasional      :           i.    Lebih kurang 75% kemahiran permainan bola sepak menggunakan hantaran-hantaran dekat secara leret dalam jarak 10-15meter.
                                    ii. Sentiasa wujud ’felling the ball’ dalam diri pemain.

3. Objektif      :           Pemain dapat membuat hantaran dekat secara leret dan tepat ke sasaran.

4. Peralatan     :           i.   4 biji bola.

                        :           ii.  6 batang pancang


5. Prosedur     :           5.1       Pancang disusun sebaris dengan jarak 1 meter daripada setiap
pancang.

5.2      Pemain berada di tempat permulaan.

5.3       Bola-bola diletakkan 5 meter di belakang garisan.

5.4       Bola perlu digerakkan ke hadapan tanpa melepasi
            garisan dan  mesti disepak leret ke sasaran.

5.5              Pemain membuat sepakan sebanyak 2 kali dengan kaki kanan dan
2 kali dengan kaki kiri.                                

5.6      Pemain membuat 4 percubaan.

6. Pemarkahan            :           i.     Bola yang masuk pada pancang paling tengah diberi 5 markah.
                                    ii.    Bola yang masuk pada pancang kiri dan kanan daripada
                                           pancang tengah diberi 3 markah.
                                    iii.   Bola yang masuk pada pancang paling tepi sebelah kiri dan  
                                           kanan diberi 1 markah.
                                    iv.   Tiada markah bagi bola yang tidak menepati sasaran.






Ujian 3       :        HANTARAN JAUH ( BOLA TINGGI)

1. Definisi       :           Keupayaan untuk membuat hantaran jauh dengan bola tinggi .

2. Objektif      :           Melakukan hantaran jauh tepat pada sasaran.

3. Rasional      :           Dalam permainan bola sepak hantaran jauh dan hantaran bola lintang
merupakan strategi yang berkesan.

4. Peralatan     :           i.    Sebuah kun (1) 

                                    ii.   4 biji bola

                                   iii.  Bulatan dengan jejari 4 meter.

5. Prosedur     :           5.1.      Pemain berada di tempat permulaan.
           
5.2              Bola diletak pada jarak 1 meter daripada garisan permulaan.

5.3              Bola perlu digerakkan ke hadapan tanpa melepasi garisan permulaan dan  mesti disepak lambung untuk hantaran jauh.

5.4              Pemain melakukan 4 percubaan.

5.5              Bola dikira pada jatuhan atau lantunan pertama.

5.6              Jarak antara tempat mula menyepak ke tanda(kun) ialah 30 meter.



6. Pemarkahan            :           i.     Tepat mengenai kun      -  5 markah.
                                               ii.    Dalam bulatan 1 meter  -  4 markah.
                                               iii.   Dalam bulatan 2 meter  -  3 markah.
                                               iv.   Dalam bulatan 3 meter  -  2 markah.
                                               v.    Dalam bulatan 4 meter  -  1 markah.
                                               vi.   Di luar bulatan              -  0 markah        .








UJIAN 4    :        MENGGELECEK BOLA


1. Definisi       :           Keupayaan berlari dengan bola secara zig-zag pergi dan
                                   balik dengan pantas.

2. Rasional      :           i.    Imbangan dan kawalan bola serta kebolehan untuk menukar
      arah dengan cepat.
ii.   Sentiasa wujud ’felling the ball’ dalam diri pemain.
                                    iii.  Membolehkan pemain menyelami situasi permainan yang  
                                          sebenar.


3. Objektif      :           Kebolehan untuk melakukan gerak keliru bagi menewaskan
lawan.

4. Peralatan     :           i.    11 buah kun.
                                   ii.   Jam randik
                                   iii.  2 biji bola.                       
iv.  Wisel.

5. Prosedur     :           5.1       9 kun disusun dalam satu barisan. Jarak  antara
setiap kun ialah1.5m. Kun ke-9 berjarak 5m daripada kun
ke 8.

5.7              2 kun/marker diletak sebagai penanda tempat permulaan dan penamat.

5.8              Bola perlu digerakkan ke hadapan sebelum mula menggelecek dan kiraan masa mula diambil setelah bola mengena/melepasi garisan permulaan.

5.9              Pemain dikehendaki menggelecek bola secara zig-zag
melalui kun pergi dan balik ke tempat permulaan.

6. Pemarkahan            :  
                                  
Masa
Markah
Kurang 25 saat
5 mata
26 – 30 saat
4 mata
31 – 35 saat
3 mata
36 – 40 saat
2 mata
41 – 45 saat
1 mata
Lebih 46 saat
0 mata



UJIAN 5    :        MENJARING

1. Definisi       :           Keupayaan untuk membuat tendangan dengan tepat ke dalam
gol semasa bola bergerak (dinamik).

2.Rasional       :           i.    Untuk mengukur tahap ketepatan yang diperlukan untuk
                                         menjaring gol.
                                    ii.   Membolehkan pemain menyelami situasi permainan yang  
                                          sebenar.

3.Objektif       :           Untuk mendapat ketepatan dalam jaringan.

4.Peralatan      :           i.    4 biji bola

                                   ii.   Tali

                                   iii.  Tiang gol ukuran sebenar.

5.Prosedur      :           5.1:      Tali diikat pada tiang dan palang gol pada ukuran
1 meter x 0.76 meter (3 kaki x 2.5 kaki).

                                   5.2:      Bola disusun 5 meter daripada garisan kotak penalti.
                                  
                                    5.3:      Bola perlu digerakkan ke hadapan sebelum mula
                                                menendang.

                                   5.4:      Pemain dikehendaki membuat tendangan ke dalam gol
dengan 4 percubaan (4 biji bola) iaitu 2 tendangan dengan kaki kanan dan 2 tendangan dengan kaki kiri.

6. Pemarkahan            :           Markah tertinggi    -    20 mata ( 5 x 4 = 20)

                                                               Markah  17 -20           -           5 mata
                                               Markah  13 -16           -           4 mata
                                               Markah  09 - 12          -           3 mata
                                               Markah  05 - 08          -           2 mata
                                               Markah   01- 04          -           1 mata









6.  PERMAINAN KECIL / 2 SIDE GAMES


6.1   DIFINISI:

6.1.1               Dalam permainan kecil contoh ‘4v4’ atau ‘2 side games’’ pemain dibahagikan 2 kumpulan dan bermain mengikut kemahiran dan keupayaan masing-masing.

6.2          RASIONAL:
      
                              6.2.1                     Peserta dapat mengaplikasikan kemahiran yang sedia ada dalam
                                             suasana  pertandingan mengikut posisi masing-masing serta
                                        rasa seronok sewaktu bermain.

6.3           OBJEKTIF:

6.3.1                 Untuk menilai secara pemantauan (subjektif)  kebolehan /kemahiran peserta semasa  berlawan/bertanding

6.4        PERALATAN:

6.4.1          3 Biji Bola Sepak
6.4.2        10 Buah Marker
6.4.3         2 Set Bibs


6.5         PROSEDUR

6.5.1               Peserta dibahagikan kepada dua atau beberapa kumpulan

6.5.2         Permainan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan oleh penguji. 

6.5.3               Peserta dikehendiki menggunakan kemahiran sedia ada sewaktu permainan dan penilain potensi peserta dibuat secara umum.

Bahan Rujukan:
"Manual Ujian Spesifik Bola Sepak Untuk Kem Bakat Sukan
 Muda KementerianPelajaran Malaysia"





Sukan Permainan



2 Bola Baling




16.    HUKUMAN-HUKUMAN

16.1  AMARAN

  1. BOLEH diberikan kepada perkara-perkara yang melibatkan kekasaran terhadap pihak lawan, tidak termasuk kepada kategori hukuman berturutan, perkara 8.3
  2. MESTI diberikan apabila:
·                                  melakukan kekasaran yang agresif    kekasaran semasa melakukan halangan
·                                  tidak mempunyai semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai.

      3. Seorang pemain TIDAK BOLEH diberikan lebihdaripada 1 (satu) KAD KUNING.

      4. Pemain yang telah diberikan 2 minit penggantungan TIDAK BOLEH diberikan        KAD KUNING      berikutnya.
      5. Seorang pegawai hanya diberi sekali sahaja KAD KUNING.

16.2   Referi atau pengadil akan menunjukkan KAD KUNING kepada pemain atau pegawai dan penjaga masa atau pencatat untuk dibuat catatan. (Ukuran kad 9 cm  x  12 cm)

16.3   PENGGANTUNGAN

          Penggantungan MESTI diberikan:

  1. Kesalahan pertukaran pemain (Peraturan 4.5 - 4.6)
  2. Melakukan kesalahan yang berulang (Peraturan 8.3)
  3. Melakukan sikap tidak bersemangat kesukanan oleh pemain di dalam atau di luar gelanggang. (Peraturan 8.4)
  4. Kesalahan kali kedua oleh pegawai (Peraturan 16.1.4 dan 8.4)
  5. Tidak meletakkan bola dengan serta merta apabila berlaku kesalahan (Peraturan 13.5)
  6. Mengganggu pihak lawan semasa balingan dilakukan (Peraturan 15.7).
  7. Kesalahan oleh pemain atau pegawai yang tidak layak menyertai permainan - Tambahan 2 minit lagi (Peraturan 16.3)
  8. Tiada semangat kesukanan oleh pemain (Peraturan 16.12)
16.4   Menunjukkan tanda penggantungan selepas memberhentikan masa permainan (Isyarat No. 14)

16.5   Masa penggantungan adalah 2 minit.

  1. Penggantungan kali ketiga pada pemain yang sama, hukumannya 
  2. Sepanjang masa penggantungan, tiada pemain lain boleh menggantikannya.
  3. Memulakan masa penggantungan dengan wisel.
  4. Penggantungan 2 minit akan dibawa ke seperauh masa kedua. jika masa masa penggantungan belum tamat.
  5. Penggantungan 4 minit (2 minit, 2 minit). Keadaan ini boleh dikenakan kepada pemain apabila seseorang pemain melakukan kesalahanberulang kali selepas dikenakan gantungan 2 minit / melakukan keselahan selepas tamat masa gantungan 2 minit seperti salah masuk, maka pemain ini digantung 2 minit lagi (Peraturan 16.12)

16.6   PENYINGKIRAN (KAD MERAH)
          BOLEH diberikan kepada:

  1. Pemain yang tidak didaftarkan dalam pemainan itu.
  2. Kesalahan kali ketiga oleh pegawai yang melakukan kesalahan tiada semangat kesukanan atau selepas pegawai lain telah menerima hukuman penggantungan 2 minit.
  3. Membahayakan pihak lawan.
  4. Menunjukkan tiada semangat kesukanan yang serius oleh pemain atau pegawai pasukan sama ada di dalam atau diluar gelanggang.
  5. Menyerang di luar masa bermain, sebelum bermain atau semasa pertukaran gelanggang (Peraturan 8.7, 16.13.2 dan 16.13.4)
  6. Kerana penggantungan kali ketiga (Peraturan 16.5.1)
  7. Menyerang oleh pegawai pasukan (Peraturan 8.7)
  8. Mengulangi sikap tiada semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai pasukan semasa pertukran gelanggang.
16.7   Referi atau pengadil menunjukkan selepas memberhentikan permainan. Dihalakan kepada penjaga masa dan pencatat.

16.8   Pemain atau pegawai pasukan yang telah disingkirkan, pasukannya MESTI berkurangan seorang pemain (mengeluarkan seorang pemain) sehingga masa penggantungan selama 2 minit tamat. Selepas tamat masa penggantungan, bolehlah menambah kembali jumlah pemain. Masa penggantungan boleh ditambah 2 minit lagi sekiranya pegawai atau pemain melakukan kesalahan tiad semangat kesukanan.

16.9   PEMBATALAN

          BOLEH diberikan:
  1. Pemain melakukan kesalahan yang berat semasa permainan.
16.10  Referi atau pengadil akan menunjukkan isyarat No. 15 selepas memeberhentikan masa permainan.

16.11  Pemain yang dibatalkan hendaklah beredar dari kawasan gelanggang dan tempat pemain gantian danTIDAK DAFTARKAN terus bersama pasukannya untuk keseluruhan kejohanan.


 Satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain bola baling iaitu hantaran aras dada. Hantaran ini seringkali digunakan oleh pemain-pamain terutama bagi pasukan amatur seperti pelajar-pelajar sekolah dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan. Oleh itu, kali ini saya akan menerangkan bagaimana untuk melakukan 'drill' untuk latihan hantaran aras dada.

Perkara pertama, jurulatih perlu menerangkan kedudukan tangan pemain ketika melakukan tolakan hantaran aras dada ini. Kedudukan tangan 'mengembang' atau 'mengepak' di mana bola berada pada aras dada. Pasti pegangan bola adalah sama dengan kaedah menyambut bola yang betul.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEie9zHRvKicFyELp0iBbuYBkUaBRAppf6eqsrBmsXPwM0JCIlRJhzMgO_QfEItYJ37WN1OTANMqAZt3BcdcyA9AdvQczcZwt_2-xhgGu6FTa8BDSDFp_omdEbQjw_WCKKqE0PVtQu8pMQs/s320/izzah.JPG

 Kedudukan ketika menerima dan menangkap bola


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjj1ZFHka5LQcQI_BrpnM9huplL2QIf4E33jOn6o0oNJK3awqFRimHy8kq_8vG8kGfpbajD1-xl8XBektEXwVLXhTYML6qJrWHR_tdxKi-2rJnKQzse5pB4blhX3Ghe4yhTdj5pgmTQEWU/s320/izatul.JPG
  Kedudukan tangan ketika menerima dan memegang bola untuk melakukan tolakan hantaran aras dada 

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTL0-xf9hQoMOZz3BD6xUVFCDHLgd9EYt84DZ_1g1tynPQ7Xl6Xf3YWb2xsLIkHgf_0xBgLxshnn_5jEZkPoZq0nZtVuKcK3_0JevmcWpwKtTTvZIF-GTt2wHweddzg6PaMD8qJPVi0Ks/s320/P1250013.JPG     
Bola dari aras dada ditolak serentak dengan satu langkah kaki ke hadapan 

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhz3vZND725BTfWCBUUyX2lJ4Wh1w8BF_JCJPcdcK8rlCsc3b75tcEc-GXoSjQ7hegyyWdYp_gEDb8bBOarfBjhKz_WItMns43ewL9vh1IOTvRX3hBpJVqEScbRy2jFxzQKVZ7h5yvKe_0/s320/P1250015.JPG
Keadaan tangan ikut lajak setelah melepaskan bola diikuti langkah kaki ke hadapan

Gerakan untuk membuat hantaran aras dada ini dimulai dengan gerak sendi siku, diikuti dengan gerakan pergelangan tangan dan diakhiri dengan tolakan jari pada bola. Gerakan dilakukan serentak dengan gerak satu langkah kaki ke hadapan dengan keadaan lutut yang kendur sedikit pada awalnya. Tambahan pada sedikit lonjakan kaki belakang untuk menambahkan kuasa tolakan ke hadapan.

Penting dalam latihan ini, kita mesti memastikan kedudukan tangan bukan di tepi bola tetapi di belakang bola ketika melakukan tolakan. Ramai pemain yang memegang di tepi bola ketika melakukan kemahiran ini kerana berpunca dari kesalahan mereka ketika menangkap atau menyambut bola. Oleh itu, untuk menjadikan kemahiran ini lebih mudah untuk dikuasai kita perlu memastikan kemahiran menangkap bola telah diperbetulkan terlebih dahulu.

Kemahiran menghantar bola aras dada secara statik ini juga memerlukan masa untuk pemain dapat menguasai dengan baik. Sekurang-kurangnya kita memerlukan beberapa hari untuk menjadikan pemain-pemain kita benar-benar dapat menguasainya sebelum kita beralih kepada kemahiran yang lebih tinggi dalam kemahiran ini. Latih tubi perlu dilakukan dengan kerap atau banyak. Lebih baik menggunakan sekurang-kurangnya satu bola untuk dua orang supaya latih tubi atau 'drill' untuk kemahiran asas ini dapat dilakukan dengan banyak bagi seseorang pemain. dan jika sekiranya tempat latihan kita mempunyai tembok atau dinding, berikan sebiji bola untuk seorang pemain melakukan 'drill' untuk kemahiran ini.

Lanjutan kepada kemahiran ini, kita boleh melakukan dengan cara bergerak perlahan berpasangan. Tumpukan kepada hantaran bola ke arah kawan bergerak. Arah tuju bola ke arah mana kawan bergerak dan pastikan hantaran dalam jangkauan rakan dan tidak terlalu jauh ke hadapan dan tidak tertinggal di belakang.

Seterusnya kemahiran ini diteruskan dengan larian anak ke arah gol lawan. Istilah 'one two' sering digunapakai oleh jurulatih kepada kemahiran peringkat ini.  Kemahiran ini menggunakan sepenuhnya ruang atau gelanggang permainan. Pada peringkat ini kita boleh menambahkan sedikit dengan kemahiran menjaring di akhir hantaran'one two' tadi. Memulakan dengan hantaran penjaga gol dan dilakukan berpasangan seterusnya melakukan jaringan.


KEMAHIRAN MENGAWAL

Dalam apa-apa sukan sekali pun kawalan amatlah penting. Menghadang atau mengawal dilakukan untuk mengganggu pemain dan menyekat pergerakan pihak lawan yang sedang menguasai bola. Ini dilakukan untuk menguasai semula bola. Pihak pertahanan boleh mengamalkan cara-cara ini untuk mengawal pihak lawan:

i. Menghadang pemain yang memiliki bola dengan cara satu lawan satu.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxhz6LBvi5_UFfpRCQBNW9bQX9ZhaQa_WHXSE0YpMPOvTURvTWwlBTFwgfneLRBCDd57wjZoehiv0_jUZjl3xf276C6lp68ZK69ULg_xbTstrpJI0oLDbB5JRonR1EmX8BS8D9_Wv3HyU/s320/melarikan+bola.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaMJp5gw7rJkEeHI4xeHZT5-UDwiFyQK-1-xJakX-YYsYU1Kq-c-fwEvXHBoQj291Xc6qW8dSewY8Y54pgl7hTqVJ6O4JHM8ofURoET36XH-TEfLUPBjDZMKRcpA0srnIWyYdRmhbNO3Q/s320/mengawal2.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLU4evOFBk-LRumll-nM5UGS4Qw_7ESuSQ-YMI26SQZy9DHXP9fe-0dnHEyRqZ2w97gCGVuWAjudlDMOQc-7Zr-M6-PLxY6p_UBzPDkCxChjkdcaWpC_EZq_0Wf2lNqj2A88pSYiSQ_V4/s320/mengawal1.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIXomNkbQgfMYNw7UUe4OCqx3ehL9qkShYop99j7BCDR-oNctxU05QkkmqhqqdHDRQLlelJeyPsVIao6PEOcvLFn3AtPR8OlW_cj40At4-k1uO8jlXSP2FIBGOJ8aHfzvKmiteEHCFEgE/s320/mengawal3.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKNZDwa_DAQ9Nx0etgzk3aHIwroALDRxz95Ueq-rlUm-EClomf_LpbevLK5ACUJECEZwTL7AliMcU052rEa1-jtkr37qZBGbE7tj-Yff7JeXuWGHdkI4UnSN9NtoV-SKJJhVi1B5LtBUY/s320/mengawal22.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjP0QI0nI80obuTlAGHsLkMunOx7puPp_J3Kh6Uu1kB3R6gJ6HFVzSf79pdUKZaItEfoirKI6WXYtV0lGkysCbKoeFBvBJVDolxYvDppFJDn91BXggnSuvRo0SacgyXZKAkLkVYnprniIg/s320/mengawal+1.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3Nk8mkKuLVLoRL4TzzZ6E3ZuddUQlWCAPAdBPvVvzNto5XzDfuUFzDTUOqL6qGtS9fwUWjZ_h6gyLD41oI6f6tvhS2dhADBKUEx5myN0CdxFmWG05eZr5UnJFXDvlWH9z5vi4we_Wqmk/s320/mengawal+bola+melarikan+diri.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhFpyML_CKS4Nlwb_HFil1sIt3dibaIXeuWbQPxM1Sh96NjFvupwb1EBLPDuCwC-iNDsJKfj5T5QvLsGXeGd3Fdfr3YZGMmImGkgDSbpSLg4Vp-6KkITgO-NNdZrpPbB84kwYtDPvdkOQ/s320/menghadang.jpg
 Pasukan bertahan mengawal dan menghalang pergerakan pemain penyerang

ii. Mengawasi pemain-pemain yang lain untuk memintas hantaran.

 Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIZC83FmYmPqndbhnshHLBNP95p66nH-SCeJxBW1KVfbE2TTMVWKvk9REx83mIBQ8bPOZTv5SWt9kDuFQjlzD8OnlKm3KXTBj74isazoAothC0BcX1-pC1vEWdG4NhMzIb9iWXOY1IiHw/s320/memintas.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlFf5SwyWNb2D63i1gUVQ7TmSheqwRwT4ypTG2iKzJTKiAzcsu_zqrtv-U9xzyGKVt_P0zxZexboXbCqefYn4cm6eME-iWQIWlWtoQk_-EMW4xd3loZEsNP5VTjbatiUIO4qm_R9rngx4/s320/memintass.jpg
Pemain pertahanan mengawal pergerakan pemain penyerang

iii. Mengganggu penjaring dengan melaksanakan sistem pertahanan yang sesuai seperti sistem zon atau sistem kumpulan.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4ZcRVnTG-d2zf8vvLvG-ht61OwnXcNcwvmg2kFoPCjcfn7eEJKFlCCVzux2ZokvTvFAlI7bLouWDOdCdmEcTuFpxFdRzx4Ds6rfi5BPYIy-FieoE066anaREDGMNDnJXjKxNtB_Rb7c8/s320/menjaring+over+walll.jpg

Pasukan bertahan membuat benteng untuk menghalang pemain penyerangmembuat jaringan 








                     

                    



                                                       









Tiada ulasan:

Catat Ulasan